Monday, March 1, 2010

Apabila Baby Jatuh, esp dari Katil


Berat badan bayi yang ringan selalunya mengurangkan impak kejatuhannya. Cuma perhatikan perkara-perkara berikut:
1. Periksa tanda-tanda lebam (tisu di bawah lapisan kulit cedera)
2. Cuba gerakkan tangan dan kakinya dengan lembut dan perlahan. Jika dia menangis atau menunjukkan tanda-tanda tidak normal, mungkin ada bahagian yang cedera.
3. Lihat aktiviti anak. Jika berubah dari kebiasaan, mungkin ada masalah.

Perlu diingat, saraf bayi pada umur bawah 2 tahun masih belum cukup matang. Mereka mungkin tidak memberi respon yang setara dengan kecederaan mereka (seperti menangis dengan kuat), kerana saraf mereka tidak mengesan kesakitan tersebut. Jadi, perlu lihat juga tanda-tanda lain, seperti keaktifannya

selepas anak jatuh dia ada symptom seperti muntah,sawan,.. tak? klu ada better refer doc coz tu tanda2 ada pendarahan dlm otak. klu takde perhatikan dia dlm masa 24 jam.. ada apa2 perubahan tak.. cthnye.. tidur je tak nak bangun2.., kurang aktif dari biasa.. itu pun tanda2 ada pendarahan dlm otak

kalau jatuh melebihi ketinggian anak agak membahayakan.. bawa la gi klinik

kalau jatuh, anak menangis, itu normal.. kerana dia terkejut dan kesakitan... tapi kalau dia diam dan blur, itu kita kena bimbang... bawa segera ke doktor... jangan lupa check kesan2 lebam atau luka

dan lagi satu hentakan yg kuat selalu effect kat belakang kepala sebab otak dekat dengan belakang kepala bukan depan..kalau setakat terantuk kat depan tu biasalah...nak hilangkan lebam..gosok ngan rambut ye

perhatikan bahagian kepala yang sensitif adalah di sebelah kiri dan kanan kepala kita. depan dan belakang tak pe lagi. info ni diberitahu sendiri oleh neurosurgeon. so tengok² la jika ada benjol, benjol tu jadi di mana

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails