Tuesday, December 29, 2009

Panduan Pemakanan


Dua tahun pertama kanak-kanak adalah yang paling penting kerana pada ketika inilah pembentukan otak berlaku. Jika seseorang wanita tidak mendapat cukup khasiat semasa hamil, atau jika anaknya tidak mendapat khasiat secukupnya pada ketika ini, pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak mungkin menjadi perlahan. Ini tidak boleh digantikan apabila kanak-kanak lebih tua - ia akan menjejaskan kanak- kanak seumur hidupnya

Kanak-kanak Asia bercerai susu awal jadi ibu bapa mestilah menjadikannya satu tabiat agar memberi mereka sekurang-kurangnya 2-3 gelas susu setiap hari, sehingga mereka remaja. Kalsium adalah penting untuk tulang yang sihat.

Sejak lahir hingga 2 tahun:

* Susu badan adalah satu-satunya makanan yang terbaik untuk bayi sejak lahir hingga berumur enam bulan. Ia memberi pemakanan yang baik dan melindungi daripada jangkitan. Penyusuan bayi harus diteruskan selama sekurang-kurangnya tahun pertama, jika boleh. Jika menyusukan bayi adalah mustahil atau tidak diingini, formula yang diperkaya zat besi (bukan susu lembu) tidak seharusnya diguna sepanjang 12 bulan pertama. Susu lengkap lembu boleh diguna untuk mengganti susu formula atau susu ibu selepas umur 12 bulan.

* Bayi yang disusui ibu yang tidak mendapat pendedahan yang kerap terhadap cahaya matahari mungkin perlu menerima suplemen vitamin D.

* Mulakan sesuatu makanan baru pada satu masa supaya lebih mudah untuk mengenal pasti makanan yang bermasalah. Contohnya, tunggu satu minggu sebelum menambah setiap bijirin, sayuran atau makanan baru yang lain.

* Guna makanan kaya zat besi, seperti bijian, bijirin yang diperkaya zat besi, dan daging.

* Jangan beri madu kepada bayi sepanjang 12 bulan pertama.

* Jangan hadkan lemak sepanjang dua tahun yang pertama.

Dua tahun dan lebih tua:

* Beri pelbagai jenis makanan, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijian lengkap.

* Guna garam (kalium) dan gula secara sederhana.

* Galakkan diet yang rendah lemak, lemak tepu dan kolesterol.

* Bantu anak anda mengekalkan berat yang sihat dengan memberi makanan yang betul dan galakkan mereka agar kerap bersenam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails